Sunday, October 3, 2010

ULASAN VIDEO

Video 21st Century Learning
3 STEPS
By Jackie Halaw

Era dan tranformasi pendidikan alaf ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru dan pelajar akan sama-sama memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Peranan guru bukan lagi sebagai dewa tapi sebagai fasilitator aktif bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ialah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan satu kemestian. Guru perlu mengajar mengikut zamannya begitu juga pelajar perlu belajar mengikut zamannya.Guru perlu kreatif dan inovatif. Guru juga perlu menggunakan kaedah pengintegrasian dan berbantukan computer dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara ini dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih aktif dan berlakunya interaksi dua hala di antara guru dan pelajar.
Video yang dipilih ini mengutarakan 3 langkah yang perlu diambil untuk pembelajaran alaf ke-21. Mengikut kata Alvin Toffler, pada alaf ke-21, orang yang buta huruf bukanlah mereka yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi mereka yang tidak boleh belajar, tidak belajar dan tidak kembali belajar. Pelbagai persoalan diketenngahkan untuk menghadapi pembelajaran alaf ke-21. Soalan pertama yang diutarakan ialah apakah kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar untuk menjadikan mereka celik pada alaf ke-21 ini?
Pada alaf ke-21, tiga perkara penting yang perlu dipelajari oleh seseorang pelajar ialah: (1) ‘competition’ iaitu persaingan, (2) ‘cooperation’ dan (3) ‘collaboration’ iatu kerjasama. Guru perlu peka dengan keadaan pelajar. Guru perlu tahu dengan siapa pelajar ini akan bersaing dan bekerjasam dan cara untuk membantu pelajar supaya tidak ketinggalan pada alaf ke-21 ini. Guru perlu sedar bahawa pelajar ini perlu diperkenalkan kepada rakan global mereka.
Langkah pertama yang perlu dilaksanakan untuk pembelajaran alaf ke-21 ialah melakukan transformasi bilik darjah. Guru perlu mewujudkan ruang pembelajaran yang kreatif. Susunan meja di dalam bilik darjah perlu diubah dan keadaan billik darjah mestilah cantik, menarik dan kondusif. Guru juga perlu menggalakkan pelajar bercakap, memberikan idea, membina pengetahuan, mereka cipta dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan dan membuat keputusan.
Langkah kedua ialah guru perlu menerapkan budaya persaingan dan bekerjasama di dalam kelas. Guru perlu sentiasa menggalakkan pelajar bersaing secara positif sesame mereka dan bekerjasama antara satu sama lain. Semangat berpasukan seharusnya menjadi komponen utama dalam kurikulum setiap orang guru kerana pembelajaran hanya akan bermula apabila pelajar merasa selamat dengan orang-orang yang berada di ruang pembelajaran yang sama. Guru perlu melatih mereka untuk sentiasa bekerjasama dan bersepakat kerana pembelajaran bersifat sosial. Menurut John Holt, musuh utama dalam pembelajaran ialah guru yang bercakap.
Langkah ketiga ialah memperkenalkan pelajar dengan rakan global mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama sesame mereka. Guru perlu mendedahkan mereka dengan cara mencari dan berhubung dengan pelajar-pelajar di seluruh dunia. Guru boleh menggunakan laman sesawang yang ada seperti The Global Schoolhouse, Friendship through Education dan ePaLs. Pada peringkat permulaan, galakkan mereka berhubung secara personal, kemudian guru bolehlah merancang untuk mereka bekerjasama dalam projek kelas. Ini akan membuka ruang untuk mereka bersaing di peringkat global dalam pasaran kerja. Antara alat yang boleh menghubungkan pelajar dan menjadikan pembelajaran kolaboratif dan hebat ialah (1) facebook, (2) Google, (3) Blogger, (4) Wikispaces dan (5) Skype.
Kesimpulannya, untuk pembelajaran alaf ke-21, guru dan pelajar harus berpengetahuan, bersedia dan bersemangat. Perubahan demi perubahan perlu dilakukan sama ada dalam diri dan keadaan sekeliling. Ruang pembelajaran yang kreatif mampu mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Begitu juga dengan semangat bekerjasama dan berpasukan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan seterusnya pendedahan terhadap rakan global dan peluang untuk berhubung dan bekerjasama dengan mereka adalah merupakan langkah penting untuk menjayakan pembelajaran alaf ke-21


RUJUKAN

Robiah Sidin, Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan 32, 139-152.
Dra. Ani M.Hasan,M.Pd. 2003. Pengembangan profesionalisme guru di abad pengetahuan. Universitas Negeri Malang
http://www.youtube.com/watch?v=aPQlu5Vxm28&list=QL
http://www.youtube.com/watch?v=oacTlY6iB4Q&feature=related
http://www.ubb.ac.id/menulengkap.php?judul=Sistem%20Pembelajaran%20Abad%2021%20dengan%20%3CQ%3EProject%20Based%20Learning%20(PBL)%3C/Q%3E&&nomorurut_artikel=252

No comments:

Post a Comment